Hiburan
Datuk Red, Adira Namakan Bayi Sulung Anggerik
Penyanyi Adira menjadikan bunga Anggerik sebagai nama pilihan untuk anak sulungnya.
Nama itu didedahkan oleh suaminya, Datuk Red menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dan buat pertama kalinya wajah penuh Anggerik dipertontonkan kepada umum.
Foto tersebut menunjukkan Anggerik sedang berbaring dan dibedung dengan kain berwarna merah.
“Morning dunia..and assalam... #anggerik #datoredhensem,” tulis suaminya ringkas.
Dalam pada itu ruangan komen itu dipenuhi dengan pujian terhadap kecomelan anak pertama Adira itu.
Antara komen yang diterima:
@mommiequeen_ar2: comel sgt..mncung sgt hidung tuu..putih gebu lg mcm adira.
@zianamohdzain: Alhamdulillah..comel mcm Adira.. #anggerik #adirajunior
@ct_nurasmah: Alhamdulillah Syukur.... Comell Anggerik... Moga Bahagia Milik Mu Syg #anggerik
Terdahulu, Adira selamat melahirkan anak sulungnya pada 11 Mac 2017 di sebuah hospital swasta.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video