Hiburan

Datuk Seri Vida Terkesan, Kecewa Insiden Pereka Fesyen Razman Razmi Dipukul - “Saya Ibarat Kakak…”

gempak
Ernalisa
12/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Datuk Seri Vida Terkesan, Kecewa Insiden Pereka Fesyen Razman Razmi Dipukul - “Saya Ibarat Kakak…”
Usahawan Sensasi, Datuk Seri Vida akui terkesan dengan insiden yang menimpa pereka fesyen duo, Razman Razmi baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN: #GempakVideoNews : “Mula-Mula Ingatkan Itu Gurauan…” - Vida Panik Dua Pereka Fesyen Dipukul Depan Mata!

BERITA BERKAITAN: Barang Rumah Bakal Dilelong, Vida Tak Cepat Melatah - “Insya-Allah Saya Dipihak Yang Benar & Perkara Itu Tidak Akan Berlaku”

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, dia sudah menganggap Razman dan Razmi itu sebagai adiknya.
Malah apa yang lebih dikesalkan adalah Vida mengenali rapat jurugambar bebas, Aqo Imran.

" Saya menjerit sebab kerjadian berlaku dihadapan saya.

“Saya ibarat kakak kepada adinda Razman dan Razmi dan kami sudah lama mengenali dan banyak kali bekerjasama.
"Saya memang tidak boleh terima apa yang berlaku kepada mereka," katanya menerusi perkongsian itu.
Bagaimanapun menerusi video pendek yang dikongsikan di laman instagram miliknya, Vida yang juga mesra disapa sebagai DSV berkata, semuanya telah berlaku dan ianya perlu dijadikan pengajaran.
Pada masa sama, DSV juga menyatakan bahawa dia benci kepada keganasan ekoran trauma dengan keganasan rumah tangganya terdahulu.
"Disebabkan traumalah saya menjerit kerana saya takut lihat kejadian itu. Tiada masalah tidak boleh diselesaikan. "Saya mengenali kedua-dua belah pihak. Saya tak fikir jadi seteruk ini. Walau apa pun jangan betindak luar akal fikiran. Sekarang nasi dah jadi bubur.
"Berani buat berani tanggung," katanya.
Dalam pada itu, usahawan itu turut menitipkan doa agar kedua-dua pereka fesyen itu terus tabah dengan ujian itu.
Dalam pada itu, Vida mengingatkan netizen supaya tidak cepat menghukum jika tidak tahu hujung pangkal.
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara malam berkenaan dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.
Difahamkan, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di antara mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024