Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

David Foster Kembali Bergelar Bapa Pada Usia 71 Tahun... Tahniah!

Amri Hassan
26/02/2021 01:25 MYT
Pasangan Katharine McPhee dan David Foster menimang cahaya mata lelaki selepas mendirikan rumah tangga pada 2019.

Berita itu disahkan oleh wakil McPhee pada Rabu.

"Ibu, ayah dan bayi berada dalam keadaan baik," kata wakil pasangan itu kepada Page Six.

Ini merupakan anak pertama McPhee, 36, dan anak lelaki sulung Foster, 71.

A post shared by Katharine McPhee Foster (@katharinefoster)


Foster sebelum ini memiliki lima cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

McPhee dan Foster mula menjalin hubungan cinta sejak 2006 ketika terbabit dalam rancangan realiti Americal Idol.

#pelakon #Anak #Hollywood #Bayi #David Foster #Katharine McPhee #Lelaki