Pelakon Dayana Roza bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam satu majlis pernikahan yang diadakan esok bersamaan sambutan Hari Krismas.

Perkara itu disahkan sendiri Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, ketika dihubungi Gempak sebentar tadi.

"Saya nikah esok pagi," katanya ringkas menerusi kiriman WhatsApp.

Terdahulu, malam tadi, Dayana dilihat menghadiri sebuah parti bachelorette bersempena meraikan dirinya yang bakal menjadi raja sehari.

Pada majlis tersebut beberapa kenalan artis dilihat hadir mengenakan baju bertemakan pijama.

Antara kenalan rapat yang hadir termasuklah pelakon Zulin Aziz dan Datin Elvina Mohamad.

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)


Terdahulu, pada 5 Ogos lalu, Dayana mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A'dale Adham Ayahudin, 33.

BACA: Dayana Roza Kini Tunangan Orang, Pilih Kawan Gaduh Jadi Bakal Suami

Pasangan tersebut dikatakan sudah berkenalan selama enam tahun sebelum mula menjalin hubungan istimewa awal tahun ini.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!