Hiburan

Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju K-Clique & Yonnyboii Berkolaborasi Dalam 'X Missing You'

Kamaruddin Razal
28/02/2020
13:20 MYT
Beberapa minggu lalu, penggemar muzik tanahair menjadi teruja apabila penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mengacah peminat menerusi laman sosial medianya yang memberi bayangan bahawa beliau akan muncul dengan karya terbaharu tidak lama lagi.
Lebih menarik lagi, apabila penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah turut memuat naik video dengan petikan lagu yang serupa di laman sosial medianya.
Sekaligus menguatkan lagi tekaan peminat bahawa penantian mereka yang menantikan karya kolaborasi antara kedua penyanyi itu akhirnya terlaksana.
Bermula 28 Februari 2020, industri muzik tempatan digegarkan dengan single terbaharu ‘X Missing You’ yang bukan sahaja menampilkan Faizal dan Dayang sebagai tarikan utama, malah turut diserikan dengan penampilan Tuju dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique dan Yonnyboii.
Lagu terbitan Faithful Music ini merupakan suatu projek khas yang menampilkan kolaborasi antara empat figura muzik yang masing-masing mempunyai gaya dan hala tuju muzik sendiri. ‘X Missing You’ merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a, Tuju dan Yonnyboii.
Lagu yang bertunjangkan melodi ‘catchy’ yang didendangkan oleh gemersik suara Dayang dan Faizal, dikuatkan lagi dengan lontaran bait-bait kata Yonnyboii dan Tuju dengan gaya tersendiri.
Lagu yang digarap dengan susunan muzik bercitarasa moden dan kontemporari setanding lagu terbitan antarabangsa ini, bakal mengulangi lagi kejayaan Faizal dan pasukan produksi rakamannya dalam menghasilkan suatu sajian muzik yang berbeza daripada karya yang berada di pasaran muzik tempatan masa kini.
‘X Missing You’ diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox dan juga iTunes bermula 28 Februari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Sihat” - Tampil Cengkung Sejak Akhir-Akhir Ini, Dayang Nurfaizah Akui Tidak Amal Diet Ekstrem

gempak
06/03/2024
12:25 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui tidak pernah menjalani sebarang diet ekstrem, gara-gara penampilannya yang lebih kurus berbanding sebelum ini
Hiburan

Ibu Faizal Tahir Meninggal Dunia - “Rehatlah Di Negeri Abadi Mama”

gempak
14/01/2024
05:09 MYT
Takziah diucapkan untuk Faizal Tahir
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): 3 Tugasan Final, Ada Duet Dengan Artis Indonesia & Rap Lagu KPop!

gempak
04/12/2023
03:52 MYT
Ada Lagu Ada Lagi final All Stars Gegar Vaganza.
Laman Utama

Faizal Tahir Adakan Showcase, Lelong Barang Peribadi Demi Faith4Palestine - "Ini Bukan Acara Hiburan Semata-Mata"

gempak
10/11/2023
04:33 MYT
Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine
Laman Utama

Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri Meriahkan Festival Nada Danau Di Taman Negara Perak!

gempak
25/10/2023
10:51 MYT
Festival Nada Danau - Alam Sumber Karya yang bakal berlangsung di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 3 dan 4 November