Laman Utama
Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Pelakon Alif Satar mendedahkan sebelum ini dia pernah dua tahun berturut-turut menerima jemputan menunaikan ibadah Haji.
Namun panggilan itu terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
“Nak ringkaskan cerita, 2 tahun berturut-turut sebelum ni, Alif dapat jemputan menunaikan Haji tapi dua-dua kali juga Alif tak dapat pergi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan..
“Rasa sedih dia, susah alif nak bagi gambaran,” ceritanya.
Alif berkongsi kisahnya itu di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu dia sudah pun reda malah gembira kerana doanya dimakbulkan apabila ibu bapanya dapat menjejaki tanah suci Makkah itu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tahun ini.
“Rupa-rupanya, Alif teringat.. pernah dulu waktu umrah, Alif doa di bawah pancur emas Kaabah, “Ya Allah.. please make my next trip here to Your home will be during the hajj season, but before that please let my parents perform theirs first.
“Allah sesungguhnya Maha Mendengar segala permintaan hambaNya dan aturan Dia pasti yang terbaik. So today, is the day Allah granted another one of my doa yet again, Alhamdulillah.. Allahuakhbar,”ucapnya.
Alif turut mendoakan agar kedua ibu bapanya supaya dipermudah urusan menunaikan Haji serta perjalanan mereka selamat pergi dan pulang.