Pelakon Korea terkenal, Ji Sung dang Lee Bo Young selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Ji Sung mendedahkan nama panggilan bayi lelaki comel itu adalah Bo Ah.

Menerusi akaun Instagramnya, Ji Sung meluahkan rasa gembira dengan anugerah tidak ternilai yang dikurniakan kepadanya.

Ji Sung juga turut memuat naik foto tapak kaki anaknya yang baru dilahirkan hari ini.

“Kwak Bo Ah, Bo Ah sudah selamat dilahirkan. Selamat datang Bo Ah. Semoga sentiasa sihat, sayang awak,” tulisnya.

#곽보아 드디어 보아가 태어났어요. 환영한다 보아야~^^ 건강하자! 사랑한다! ❤️

A post shared by 지성 (@justin_jisung) on

Dalam pada itu menerusi satu kenyataan rasmi agensi Ji Sung, Namio Actors, mereka mendedahkan anak lelakinya itu dilahirkan awal daripada tarikh jangkaan.



“Pasangan ini selamat menimang cahaya mata kedua hari ini. Nama timangannya adalah Bo Ah.

“Seluruh ahli keluarga mereka sangat gembira dapat bertemu Bo Ah. Kami berterima kasih kepada anda yang berterusan memberikan ucapan tahniah,” kata wakilnya.

Terdahulu, Ji Sung dan Bo Young berkahwin pada 2013 selepas enam tahun bercinta.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan pada 2015.

Sumber: Soompi