Pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam akhirnya buat pertama kali berkongsi wajah anak mereka, Sarima di laman Instagram (IG) semalam.

Syatilla menerusi entri akaun IG yang memuat naik wajah Sarima itu memberitahu sudah selesai menjalani tempoh berpantang.

"Assalamualaikum @sarima_samheizy anak bubu bapak. Saya dah lepas pantang.

"Sekejap je masa berlari dengan rollerblade ya tuhan.

"Muka mima sebijik bapak. Bubu tak dapat sekupang pun.

"Alhamdulillah anak bubu sihat sempurna, ni pic fav bubu!!" tulisnya beserta kapsyen.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah anak perempuannnya itu serta berharap agar membesar dengan baik.

Selain itu, pasangan popular itu juga turut membuka akaun IG khas untuk bayi keduanya menggunakan nama @sarima_samheizy.

Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Assalamualaikum @sarima_samheizy anak bubu bapak?saya dah lepas pantang...sekejap jee masa berlari dgn rollerblade ya tuhan?muka mima sebijik bapak?bubu xdapat sekupang pun..alhamdulillah anak bubu sihat sempurna♥️?ni pic fav bubu!!!

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on