Hiburan

Dee Jangan Ketawa Dedah Cerita Di Sebalik Pil Puasa... Memang Kelakar!

gempak
Kamaruddin Razal
07/05/2019
21:46 MYT
Sponsor Banner
Dee Jangan Ketawa Dedah Cerita Di Sebalik Pil Puasa... Memang Kelakar!
Sedutan video program komedi 90-an, Jangan Ketawa yang memaparkan kisah Pil Puasa kembali dikongsi oleh netizen setiap kali datangnya bulan Ramadan.
Pastinya ramai yang tidak kering gusi menyaksikan telatah Dee menggunakan pil puasa yang didakwa boleh menghilangkan rasa lapar dan dahaga selama 24 jam dengan hanya satu tablet sahaja!
Menurut Dee atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul, adegan itu merupakan idea Allahyarham Moon yang merupakan gandingannya dalam program komedi itu.
A post shared by DEE DEE /Syed Muradzi (@deejanganketawa) on
"Semuanya merupakan idea arwah yang ketika itu agak penat kerana kami sedang menjalani penggambaran di bulan puasa.
"Kata Moon, alangkah bagusnya jika ada pil yang boleh dilarutkan dalam air dan membuatkan kita kenyang sehingga ke malam hari.
"Kemudian, pengarah mencelah dan mengatakan idea terbabit sangat bagus. Akhirnya, saya lakonkan jalan cerita itu dalam satu sketsa Jangan Ketawa," kata Dee mengimbas memori sekitar tahun 1991.
Tambah Dee, dia juga tak sangka sedutan video itu kembali menjadi tular saban tahun ketika rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan.
"Sejujurnya, saya tak sangka video itu boleh jadi 'evergreen' dan diperkatakan ramai saban tahun ketika bulan puasa menjelang tiba.
"Jumlah tontonan di laman YouTube juga semakin meningkat, jadi saya nak tengok sejauh mana video itu boleh pergi tahun ini," seloroh Dee lagi.
Dee ditemui di majlis memperkenalkan duta jenama Secret Modest by Asfarena di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini.
Bertindak sebagai pengacara majlis, jenama pakaian Secret Modest by Asfarena melantik penyanyi senior berbakat besar, Salamiah Hassan sebagai duta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live