HIBURAN
Deepika Padukone Pelakon Wanita India Pertama Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame!
Satu lagi detik bersejarah tercipta apabila aktres ternama Bollywood, Deepika Padukone, diumumkan sebagai wanita India pertama yang bakal menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.
Pengumuman itu dibuat oleh Hollywood Chamber of Commerce pada 2 Julai lalu menerusi satu siaran langsung global dari Ovation Hollywood, sekali gus mengesahkan nama Deepika dalam senarai bintang 2025 di bawah kategori Motion Pictures.
Turut tersenarai bersama Deepika ialah barisan bintang besar dunia seperti Emily Blunt, Timothée Chalamet, Demi Moore, dan Rachel McAdams.
Deepika memulakan perjalanan seninya dalam filem Kannada, Aishwarya (2006), sebelum mencuri tumpuan seluruh India menerusi filem pecah panggung Om Shanti Om (2007). Namanya terus menembusi sempadan antarabangsa apabila muncul dalam filem Hollywood xXx: Return of Xander Cage pada tahun 2017 bersama Vin Diesel.
Bukan hanya bersinar di layar perak, Deepika juga mencuri tumpuan dalam dunia fesyen apabila menjadi wanita India pertama mewakili jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Cartier.
Antara penghormatan lain yang pernah diraih termasuk TIME100 Impact Award, selain diberi penghormatan menyampaikan trofi Piala Dunia FIFA di Qatar pada 2022.
Dalam hantaran ringkas di Instagram, Deepika menulis, “Gratitude…”, menzahirkan rasa syukurnya atas pencapaian ini.
Upacara rasmi pemasangan bintang Deepika dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang, dan beliau kini menyertai kelompok eksklusif lebih 2,700 ikon hiburan yang namanya diabadikan di Hollywood Boulevard, Los Angeles.