Pelakon Bollywood, Deepika Padukone memberitahu, tidak mahu kerjayanya dibandingkan dengan pelakon Priyanka Chopra.

Menurut laporan Pinkvilla, Deepika menjelaskan dia berasa tertekan kerana lakonannya sering dibandingkan dengan pelakon Baywatch itu.

"Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang ramai sering membandingkan saya dengan Priyanka Chopra.

"Meskipun kami berdua pelakon namun pemilihan karakter untuk sesuatu lakonan adalah sangat berbeza.

"Jadi tidak adil jika orang ramai membandingkan kejayaan yang diperolehi oleh Priyanka dengan saya," jelas Deepika Padukone.

Menurut sumber, hubungan diantara mereka mula renggang apabila peminat seringkali membandingkan lakonan diantara kedua-dua pelakon ini.