Jenama busana lelaki premium tempatan, Wardrobe menampilkan episod terakhir dari siri koleksi trilogi yang dinamakan ACME SOCIETY di Mercedes Benz Fashion Week 2022.
Sebagaimana dijanjikan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Wardrobe, Fang Heng, bersama pasukannya telah mempersembahkan sebuah koleksi yang bukan sahaja berjaya mengenengahkan DNA jenama tersebut yang lahir dari generasi artisan yang mahir di dalam pembuatan busana lelaki, tetapi hadir di dalam jiwa yang moden dan bertepatan dengan kehendak generasi ini yang semakin sofistikated di dalam pemilihan.
Sebanyak 30 persalinan (looks) telah dikurasikan khas dan ditampilkan hebat oleh Wardrobe di dalam koleksi ACME SOCIETY. Setiap satu daripadanya membawa mesej bagaimana jenama tersebut kini melalui satu transformasi ke arah fasa yang lebih matang, bukan sahaja dari perspektif gaya tetapi juga pemikiran.
"Koleksi ini memperkukuhkan lagi keunikan Wardrobe dan ianya direkacipta agar dapat diubah untuk menepati citarasa serta gaya individual bukan sahaja para klien kami tetapi juga setiap audiens di luar sana yang mementingkan penampilan diri.
"Ini adalah ‘benchmark’ baru bagi Wardrobe di mana kami mengubah parameter dan limitasi kepada satu peringkat permulaan penciptaan gaya unik seseorang.
"Sebagaimana nama ACME SOCIETY itu sendiri, koleksi ini ditujukan khas buat semua ahli masyarakat yang prolifik dan peka dengan situasi semasa. Dapat juga dilihat bahawa terdapat kekaburan pada garisan yang menjadi penanda aras di antara gaya mewah dan gaya jalanan yang lebih kasual.
"Tetapi apa yang masih diutamakan adalah teknikaliti di dalam pembuatan, penggunaan warna dan kepelbagaian siluet justeru menjadikan koleksi ini amat versatil," jelas Fang Heng.
Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ACME SOCIETY oleh Wardrobe menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, corak fesyen yang pelbagai, daripada kotak ‘glen’ sehinggalah ‘plaid’ dan jaluran, pemilihan ‘outerwear’ yang ranggi dan ringan bersesuaian dengan cuaca tropika namun boleh dijadikan ‘staple’ oleh sang pengembara; dan diakhiri dengan sentuhan fesyen yang ‘vibrant’ dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan hitam.
"Penggunaan pelbagai material dan teknik telah melahirkan estetika yang mudah dikenali tetapi agak ‘cutting-edge’ kerana pertindihan yang disengajakan. Persembahan kami kali ini terasa lebih bebas dengan idea yang lebih jelas.
"Kekuatan jenama ini kami gunakan untuk menghasilkan busana yang berkualiti tinggi namun kami sama sekali tidak membenarkan faktor tersebut menjadi penghalang kepada kami untuk berkarya," tegas Fang Heng lagi menutup bicara.
Amri Hassan
Tue Aug 02 2022


Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Tular - “Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je”
Rakaman suara menceritakan saat kehilangan Zayn

Penampilan Berniqab Bukan Halangan, Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta
Tahniah Lofa!
Remake MV “Berdua Bersatu” viral, Suara FariqMacfly Sebijik Ayie Floor 88! | Motif Trending
Korang ingat tak boy group yang viral dekat TikTok dengan MV remake lagu “Berdua Bersatu’? Haa mereka lah orangnya. Bukan setakat viral, video mereka antara TOP 20 GMW Awards 2023!
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Anita tekad buat report polis, namun…. | Adam Bukan Adam - Part 3 | EPS6
Selepas Sohaimy buat pengakuan dia dibunuh, Anita bergegas pergi ke balas polis namun laporannya tidak dipercayai oleh pihak polis.
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu

Hasil Selfie Cantik, Dahlia Rizal Kongsi Setting Camera Pada iPhone - “Alhamdulillah Saya Punya Ok Sikit…”
Patutlah cantik...
Sohaimy Mengaku Isterinya Pembunuh | Adam Bukan Adam - Part 2 | EPS6
Secara tiba tiba…. Sohaimy mengaku isterinya Zurra yang membunuh dirinya..
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Anita Yakin, Zurra Yang Bunuh Sohaimy | Adam Bukan Adam - Part 1 | EPS6
Selepas bertemu dengan kawan baik Zurra, Anita yakin Sohaimy dibunuh oleh isterinya sendiri..
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Masalah Mental Personality Berganda? | Adam Bukan Adam : Report Mistik - Episod 6
Kes jenayah yang kontroversi Billy Milligan menjadi persoalan untuk kali ini. Billy dibebaskan dari tuduhannya kerana didakwa memiliki masalah mental personality Berganda (MPD).
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu

Azlan Komeng Nafi Dah Cerai, Akui Isteri Salah Faham Sebab Tak Berapa Faham Bahasa Pasar
Oh begitu

Selain Dicekik, Adik Zayn Turut Alami Kecederaan Untuk ‘Pertahankan Diri’
Ya Allah...