Skip to main content

Hiburan

Nabila Huda Lakar Kejayaan Peribadi, Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 - “Sejujurnya Tak Sangka, Saya Masih Baru Dalam Dunia Teater”

Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda berjaya merangkul trofi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi watak Malam dalam pementasan teater Masmoona.
  • Teater Fragments of Tuah dan Setanggi Tari Melayu 2025 memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21.
  • Anugerah Sepanjang Hayat BOH Cameronian diberikan kepada Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor atas sumbangan besar dalam seni Zapin dan dunia persembahan tanah air.

Pelakon versatil, Nabila Huda berjaya melakar sejarah apabila meranngkul trofi sulungnya dalam dunia teater, baru-baru ini.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi watak Malam dalam pementasan Masmoona, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan seninya di pentas teater.

Pelakon yang mesra disapa Abil itu bagaimanapun memaklumkan dia tidak menyangka akan merangkul anugerah tersebut kerana menganggap dirinya masih baru dalam dunia teater.

“Sejujurnya saya memang tidak sangka. Saya masih baru dalam dunia teater dan sangat menghormati mereka. Setiap kali bersama, saya kagum dengan bakat mereka.

“Saya selalu rasa diri ini kecil kerana kemampuan mereka menyanyi dan menari jauh lebih hebat. Bila lihat senarai pencalonan tadi, saya rasa persembahan saya sangat jauh ketinggalan,” katanya

Selain Masmoona, Nabila turut membintangi teater Visits terbitan Dramalab arahan Ida Nerina bersama barisan pelakon hebat seperti Sofia Jane dan Nadia Aqilah, yang turut tercalon dalam beberapa kategori.

Sementara itu, dua naskhah teater iaitu Fragments of Tuah oleh Five Arts Centre dan Setanggi Tari Melayu 2025 - Quintessential Malay Dance oleh ASK Dance Company memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Seni Cameronian BOH ke-21 (21BCAA).

Kedua-dua karya tersebut berjaya mengatasi finalis lain termasuk A Salute to Cinema, Animal Farm, TEWAS: No Light at the End of the Tunnel dan Visits.

Acara yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) itu turut menyaksikan kemenangan Ileana Matin sebagai Pelakon Utama Terbaik (Teater Muzikal) menerusi School of Rock, The Musical, manakala Kingsley Judd memenangi Pelakon Utama Terbaik (Teater) menerusi Someone Who’ll Watch Over Me.

Dalam pada itu, Anugerah Sepanjang Hayat BOH Cameronian diberikan kepada Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor sebagai penghargaan terhadap sumbangan besarnya dalam seni Zapin dan dunia persembahan tanah air.

Sebanyak 40 kategori dipertandingkan pada edisi kali ini melibatkan 81 penyertaan merangkumi teater, tarian, muzik dan teater muzikal, sekali gus memperkukuh kedudukan 21BCAA sebagai platform penting dalam meraikan serta membentuk masa depan industri seni kreatif Malaysia.

Dengan tema ‘COLLABeyond: Cipta Bersama Masa Depan’, anugerah ini terus mengiktiraf kecemerlangan sambil menekankan kepentingan kolaborasi dalam mendepani perubahan teknologi dan sosial masa kini.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

16" “Happy Birthday “Foil Balloon Set

16" “Happy Birthday “Foil Balloon Set

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must-Watch Video

Advertisement