,
Hiburan

Dekatkan Diri Dengan Allah Antara Tips Move On Atikah Suhaime

Amri Hassan
28/05/2019
04:42 MYT
Pelakon Atikah Suhaime punyai cara tersendiri untuk merawat hati yang hancur selepas episod putus tunang dengan penyanyi Awi Rafael.
Kata pelakon kelahiran Singapura itu, dia bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa memberikan sokongan moral buatnya.
"Jangan pernah buang friendship walau sudah putus, putuslah dengan cara baik. Kemudian, kita kena sentiasa positif, kuat dan pastikan ada sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.
"Bagi saya juga langkah terbaik adalah mendekatkan diri dengan Tuhan untuk jadi lebih kuat. Mintalah kekuatan itu daripada Tuhan," katanya kepada Gempak.
Atikah yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Raya Astro Sempurna Seadanya di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini juga memberitahu dia masih berhubungan baik dengan Awi.
"Alhamdulillah kehidupan saya berjalan seperti biasa, saya dapat mengawal kesedihan hubungan yang tidak menjadi sebelum ini.
"Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan selesa untuk membuatkan diri sibuk agar tidak memikirkan tentang perkara yang menyedihkan.
"Kami masih berhubung dan saya mengenali Awi dalam tempoh yang lama sebelum kami bertunang.
"Saya tidak sanggup membuat sisi baik Awi yang saya kenal sejak tujuh tahun lalu hanya kerana putus tunang," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Atikah bakal muncul dengan drama bersiri Memoir Karmila dan sedang menjalani penggambaran program travelog fesyen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hiburan

Netizen Persoal Guna Pangkat Ketika ‘Wedding’ Adik Ipar, Atikah Suhaime Tampil Perjelas - “Orang Selalu Ingat Suami Saya CEO, Tapi Sebenarnya…”

gempak
12/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Atikah Suhaime Imbau Kisah Disebalik ‘Nasi Goreng’ - “Keluarga Saya Di Singapura Tak Boleh Telan Langsung Sebab…”

gempak
06/10/2024
07:25 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengimbau kenangan mengenai ’nasi goreng’ yang dikatakan mempunyai cerita tentang kesusahan keluarganya dahulu.
Hiburan

"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?

gempak
15/09/2024
21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
BorakSeeni