Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Deko Bunga Matahari, Songket Ungu - Ini 11 Momen Menarik Di Majlis Pernikahan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Azwa Rahman
07/12/2021 11:55 MYT
Penyatuan dua hati pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose berlangsung dengan penuh romantis pada 5 November lalu.

Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dam kenalan hadir ke majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi.

BACA: Selamat Bergelar Suami Isteri, Kamal Adli & Uqasha Senrose Diijabkabulkan Dengan Dua Kali Lafaz

Gempak secara eksklusif dijemput menjadi saksi hari bahagia pasangan mempelai Kamal Adli dan Uqasha Senrose.



Berkesempatan meluangkan masa bersama para tetamu sepanjang majlis berlangsung, kami kongsikan 11 corat-coret di dalam kemeriahan majlis pernikahan pasangan bahagia ini.

1. Jemputan dikawal ketat dan hanya tetamu yang menerima kad undangan digital dengan tertera nama sahaja dibenarkan masuk.

2. Tetamu tiba seawal jam 7.30 pagi dan disajikan dengan sarapan santai sebelum makan nasi minyak.

3. Pengantin perempuan memberikan sembilan hantaran dulang antaranya sirih junjung, kasut, tali pinggang dan minyak wangi.

4, Pihak Kamal pula membalas dengan tujuh hantaran dulang berupa sirih junjung, mas kahwin dan cincin, beg tangan, kasut, sejadah dan Al-Quran, minyak
wangi dan manisan.



5. Pihak keluarga Uqasha mengenakan persalinan berwarna champagne manakala rombongan Kamal menggayakan rona perak.

6. Bertemakan perkahwinan dalam taman, dekorasi majlis dipenuhi dengan jambangan bunga matahari kerana ia merupakan pilihan Uqasha sendiri.

7. Selain nasi minyak, tetamu dihidangkan dengan kambing golek, kuih-muih tradisional melayu serta kek lima tingkat.



8. Bagi upacara memotong kek, pasangan mempelai mengayakan busana songket ungu diinspirasikan daripada negeri kelahiran Uqasha, Cik Siti Wan Kembang rekaan Rizman Ruzaini.

9. Adik-beradik Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila kesemuanya berwajah serupa dengan suara dan gaya percakapan yang sama.

10. Para tetamu menerima cenderamata berupa kotak putih comel dihiasi bunga matahari yang berisi surah Yassin, tasbih digital dan biskut.



11. Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pernikahan tersebut adalah Nelydia Senrose, Aprena Manrose, Oktovia Manrose, Michael Ang, Datin Nina Juren, Idayu serta pelumba kereta Nabil Jeffri.

Dalam majlis romantis tersebut, Kamal, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dengan dua kali lafaz tepat jam 9.39 pagi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan RM22.50 sebagai mas kahwin.
#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Uqasha kahwin Kamal #Kamal Adli nikah #Perkahwinan Uqasha
;