Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"

Asyikin Mayudin
10/05/2024 09:55 MYT
Akhirnya penyanyi Ara Johari berani mengambil langkah dengan keluar dari zon selesa menerusi single terbaharunya berjudul Delulu.

Pertaruhan pertama Ara Untuk Lagu Delulu

Delulu menjadi pertaruhan pertama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie, 27, selepas membuat keputusan untuk bergerak di bawah pengurusan sendiri.

“Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan sengle ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih.

“Ini juga fasa baharu dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak dibawah pengurusan sendiri,” ujar Ara.

Lagu berentak Pop Dance ini merupakan hasil ciptaan Ara Johari berkolaborasi bersama Justin Seow & Ja’a.

Bukan Sindir Mana-Mana Pihak

Bercerita lanjut, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Bunga dan Warkah Untukku ini berkata, Delulu membawa mesej ringan yang sesuai dengan situasi masa kini.

Tambahnya, ia juga hanya hiburan semata-mata tanpa menyentuh mana-mana pihak.

“Delulu membawa maksud delusional atau ilusi seseorang terhadap sesuatu yang tidak pasti.

“Lagu ini membawa mesej ringan dan sekadar untuk hiburan. Delulu bukan lagu sindir mana-mana pihak hanya untuk hiburan setelah penat dengan isu-isu besar masa kini.

“Saya pasti siapa juga yang mendengarnya pasti akan ikut menari,” kata Ara lagi.

Delulu edaran One Stop Music ini sudah boleh didengari di semua platform streaming bermula 3 Mei lalu.

BERITA TRENDING: Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

BERITA TRENDING: Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”

#Ara Johari #Ara Delulu #Lagu Ara Johari #Lagu Delulu
;