Berita

"Demam 4 Hari Dah" - Abby Abadi Sekeluarga Kurang Sihat

gempak
ZULHILMI JALIL
10/12/2020
08:17 MYT
Sponsor Banner
"Demam 4 Hari Dah" - Abby Abadi Sekeluarga Kurang Sihat
Pelakon Abby Abadi memaklumkan keadaan kesihatan dirinya yang terjejas akibat demam sejak empat hari lalu.
Bukan sahaja dirinya, bahkan, kata Abby, ahli keluarganya yang lain juga berada dalam keadaan kurang sihat.
Berita itu dikongsikan Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Assalamualaikum. Hai, banyak hari tak muncul. Hari ini baru mama (panggilan diri Abby) macam ada tenaga sikit.
"Mama demam empat hari dah. Darda dari semalam. Hari ini nampak teruk sikit dia. Tak apalah budak nak membesar, memang beginilah," katanya.
Pada masa sama, kata Abby, dua orang anak angkatnya lagi juga mengalami demam yang tidak menentu.
"Daiyan Dayana on off. Abah pun on off tapi Abah lawan sebab ada kerja.
"Kakak abang yang lain? Sihat-sihat belaka sebab makan cukup semua," jelasnya.
Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf apabila tidak dapat menyalurkan dana bantuan Wallet Kasih PKP untuk beberapa hari ini.
"Wallet Kasih PKP pun terpaksa berehat sekejap sebab mama tak boleh pegang telefon lama, pening. Jadi berbaki RM5,000 akan saya agihkan nanti Insya-Allah. Jangan mendesak," pintanya.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Abby dan keluarga segera sembuh.
"Allah...semoga cepat sembuh mama dan si kenit bertuah. Ada nak makan apa-apa ke nanti mummy hantar, jaga diri," komen Memey Suhaiza.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015.
Pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, masing-masing dua tahun serta Maira Darda Farisa berusia tujuh bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby turut mempunyai tiga lagi cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live