KELUANG MAN
Demam Keluang Man Kembali Melanda! Cetus Nostalgia, Adrenalin & Humor, Permulaan Era Baharu Superhero Original Pertama Malaysia
Filem ikonik yang paling ditunggu-tunggu, Keluang Man bakal menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe
Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan, sekaligus menjadikan dia berbeza daripada superhero yang lain.Antara yang menjadi kekuatan naskhah ini adalah watak utama iaitu Keluang Man, di mana karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja, dan dipenuhi kejutan jenaka yang akan menghiburkan penonton.
Menguatkan lagi intensiti jalan cerita, filem berdurasi 132 minit ini turut menggabungkan babak aksi mendebarkan, emosi, dan elemen tempatan.
Ini sekali gus membentuk graf ‘mood’ tontonan penuh tenaga dan mampu menyuntik rasa bangga terhadap superhero original pertama Malaysia ini.
Keluang Man juga menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe.
Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Keluang Man adalah superhero original pertama Malaysia dan mengangkat semula IP ikonik ini ke layar perak hadir dengan tanggungjawab yang besar.
“Kami mahu memastikan Keluang Man bukan sahaja kekal relevan untuk peminat setianya tetapi turut memberi impak mendalam kepada generasi baharu.“Ini bukanlah sebuah ‘remake’, tetapi filem ini mengangkat semula ikon kebanggaan negara dengan sentuhan baru oleh pengarah Anwari Ashraf.“Filem ini hadir dengan cabarannya yang tersendiri. Dengan harapan tinggi daripada peminat, kami melaksanakannya dengan sepenuh komitmen dan penghormatan terhadap watak ikonik yang menjadi sebahagian budaya pop tempatan.
“Ini merupakan filem ‘postmoden’ pertama Malaysia. Menerusi Keluang Man, kami mempersembahkan sebuah dunia sinematik yang segar, kombinasi fantasi dan realiti yang belum pernah kita semua lihat.
“Penghasilan filem Keluang Man dari pre sehingga post produksi adalah melibatkan 100% daripada tenaga kreatif dari Malaysia. Lebih daripada 1,000 tenaga kreatif tempatan dari visual, audio, CGI, sehinggalah ke VFX, semuanya dibuat di tanah air kita sendiri.
“Kami yakin filem ini akan memberikan pengalaman hiburan dan keseronokan kepada penonton dan
membangkitkan rasa bangga terhadap supehero tempatan.
“Oleh itu, kami mengajak semua untuk menonton Keluang Man di pawagam dan ‘kita enjoi!” jelasnya.
Cetus nostalgia

Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Lebih mengujakan filem ini turut membariskan deretan kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman,
Nadhir Nasar, Fazzoq Muqris, Daniella Sya, Wahid Senario, Azlee Senario, Delimawati, A Galak, AG
Hafiz, Razzuan Rosli, dan ramai lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Anwaar Beg Moghal Jadi Inspektor Sahab, Bertutur Bahasa Punjabi Dalam Keluang Man - “Karakter Itu Berbeza Dengan Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Pemilihan lagu-lagu ‘throwback’ menjadi salah satu elemen yang menceriakan lagi filem ini.
Lagu tema asal Keluang Man dihidupkan semula dengan sentuhan moden melalui gandingan bertenaga Krisya dan S.O.G.
Lebih menarik, filem ini turut menyajikan deretan lagu ikonik era 2000an seperti ‘Tragedi Oktober’, ‘Sha Na Na’, ‘Terhangat Di Pasaran’ dan banyak lagi.
Hasilnya, pengalaman sinematik menjadi lebih ‘hidup’ dan penuh nostalgia, malah cukup kuat untuk membuatkan penonton menyanyi bersama.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang,
Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama
Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook
akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video