KELUANG MAN
Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
Pelakon, Nas Mummar Zar berkongsi pengalaman ketika menjalani sesi uji bakat untuk filem supehero ikonik negara, Keluang Man.
Lakukan empat emosi spontan makan burger
Menurut Nas, sesi uji bakat itu terdiri daripada empat fasa dan fasa pertama adalah untuk melakonkan satu babak dengan empat emosi berserta dialog sendiri.“Proses uji bakat mengambil masa sebulan, merangkumi empat fasa. Fasa pertama adalah menghantar video berdurasi 3 minit, perkenalkan diri sendiri dan bagi empat emosi bersama dengan dialog sendiri.
“Masa itu bila saya nak buat video tersebut saya baru sahaja baik daripada Influenza, jadi saya fikir apa dialog yang terbaik untuk bagi emosi yang boleh dikatakan dapat mencuri perhatian produser dan pengarah.
“Lepas seminggu saya terkejut sebab mereka hubungi saya, maknanya berjayalah saya punya idea tu dan dapat masuk fasa kedua,” katanya kepada Gempak.“Jadi masa itu saya tengah lapar sebab baru baik demam, jadi saya fikir cakap nak makan burger lah, kita tengok macam mana. “Jadi saya buatlah emosi makan burger dalam bentuk marah, gembira, sedih dan terkejut, kemudian terus hantar.
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Keluang Man Wonda Fun Run Best! Nas Terharu Lihat Ramai Beri Support - “Ada Yang Pakai Sut Keluang Man & Bawa Topeng…”
ARTIKEL BERKAITAN:Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan pada Sabtu selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Must-Watch Video