Hiburan

Demam Panas, Isteri Fad Bocey Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Muhammad Ridhwan Roslan
22/11/2016
08:35 MYT
Sponsor Banner
Demam Panas, Isteri Fad Bocey Dimasukkan Ke Hospital
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman, 22, telah dimasukkan ke Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah demam panas.
Nur Syahirah telah di tahan wad sejak tiga hari lalu suhu badannya yang terlalu tinggi.
Menerusi entri yang dimuat naik Nur Syahirah, dia memberitahu 10 botol air (drip) telah dimasukkan ke dalam badan untuk meredakan demam namun suhu badannya masih mencecah 40 darjah celcius.
“Saya tak pernah demam macam ini, selalunya kalau demam tak makan ubat pun memang akan baik.
“Tapi demam untuk yang kali ini, dah makan ubat pun masih tak kebah-kebah malah makin teruk,” kata Syahirah menerusi Instagram (IG) miliknya.
Walaupun terlantar di hospital, Syahirah sempat mengucapkan terima kasih kepada follower IGnya yang tidak henti-henti memberi semangat dan mendoakan agar dia sihat semula.
Sementara itu Fad turut memuat naik foto isterinya bersama anak-anak dan mendoakan agar isterinya itu cepat sembuh.
Astro Gempak difahamkan, Fad tidak bertugas di konti radio Era FM berasama Dina Nadzir di segmen Petang Era, semalam untuk menemani isterinya di hospital.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live