"Deme Lupa Yang Berlakon Ni Bukan Fazura" - Jenaka Telekung Solat Adibah Noor Cuit Hati Netizen!

Amri Hassan
Ogos 5, 2019 06:08 MYT
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor kembali ke set penggambaran sebuah telefilem baru-baru ini.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Adibah memuat naik sekeping foto menyarung sehelai telekung solat yang bersaiz lebih kecil daripada saiz sepatutnya.
Kata Adibah berjenaka, kru yang menguruskan soal pakaian pelakon barangkali tertukar telekung solat untuk Fazura dengannya.
"Production sediakan telekung untuk watak saya. Deme lupa kot, yang berlakon tu Adibah Noor, bukan Fazura," tulisnya berseloroh.
Dalam foto terbabit malangnya hanya separuh bahagian mukanya muat menyarung telekung tersebut.
Yang pasti, jenaka comel saiz telekung solat Adibah itu mencuit hati peminatnya pada hujung minggu lalu.

I thought wan maimunah td haha

— M Adian (@adiannet) August 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

first of all lakonan kak dibah semua best2. btol2 menghayati watak. 2nd..why kakak?? hahaha this pic made my day la ??? telekong mengecut ke ni hehhehe

— seketol MIKHA (@babyuniqorn_10) August 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Okay kak..yg ni klakor... baca caption dah lawak tengok gambar terus berdekah..?

— Noriza.Norizz (@NorizaNorizz) August 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima kasih kak menceriakan pagi saya yang sugul ni ????? kena gunting² sikit kat bahagian tepinya haha pic.twitter.com/QhcGNCg6fC

— Murni Yusoff (@itiunie) August 3, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pelakon #Fazura #Adibah Noor #Pelakon #Fazura