Pelakon adiwira terkenal Chris Evans telah membuka akaun Instagram rasminya pada Sabtu.

Menerusi akaun instagram @chrisevans, aktor berusia 38 tahun ini telah memuat naik sebuah video pertama dengan tujuan kebajikan apabila dia menyertai ‘All In Challenge’, yang turut disertai oleh bintang-bintang Marvel yang lain.

“Hai semua, saya Chris Evans. Saya menerima All In Challenge yang diberikan oleh Chris Pratt. Perkara ini diadakan untuk tujuan yang baik. Ia memberi bantuan makanan kepada mereka yang terjejas selepas penularan wabak COVID-19 dan saya gembira dapat membantu.

Hello Instagram!! #ALLINCHALLENGE accepted!! Thanks for bringing me in, @prattprattpratt What a great cause! Gauntlet thrown down for @imsebastianstan @anthonymackie @theebillyporter @allinchallenge Here’s the link: http://allinchallenge.in/chrisevans

A post shared by Chris Evans (@chrisevans) on

“Saya menawarkan lepak secara maya bersama lima orang lagi kawan saya iaitu Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Mark Ruffalo dan Jeremy Renner,” kata Evans di dalam video tersebut.

‘All In Challenge’ merupakan sebuah cabaran mengumpul dana khusus buat mereka yang kurang bernasib baik sepanjang pandemik merbahaya melanda.

Orang ramai boleh pergi ke laman web rasmi ‘All In Challenge’ untuk memberikan sumbangan dan pemenang akan dipilih selepas proses tawar-menawar tamat.



Menerusi perkongsian tersebut, Evans turut mencabar tiga rakan pelakon Captain America yang lain iaitu Sebastian Stan, Anthony Mackie dan Billy Porter.

Selain bintang-bintang Marvel, antara selebriti lain yang turut menyertai ‘All In Challenge’ adalah Leonardo Dicaprio, Kevin Hart, Justin Bieber, para pelakon sitkom Friends, Drake dan ramai lagi.

Sehingga kini, Evans telah mengutip hampir 2.5 juta pengikut dalam masa dua hari.