Laman Utama

Demi Duit, Keith Foo Jadi Selfish?

gempak
Syafiqah Jalal
28/03/2022
11:24 MYT
Sponsor Banner
Demi Duit, Keith Foo Jadi Selfish?
Aktor Keith Foo akui mula pentingkan diri sendiri selepas memikirkan kehidupan yang lebih baik dan mewah di masa akan datang.
Namun itu hanyalah wataknya sebagai Darwish dalam filem Autumn In Wales yang sedang ditayangkan di Astro First.
“Saya memang watak Darwish seorang boleh dikatakan money minded juga. Dia sentiasa memikirkan tentang masa hadapannya. Justeru dia memerlukan batu loncatan untuk bina masa depan yang lebih baik.
“Dia agak selfish juga kerana sanggup tinggalkan orang yang disayangkan demi wanita lain yang boleh menjadi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang,” ceritanya.
Selain Keith Foo filem yang bergenre romantic komedi ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Jaa Suzuran, Eyka Farhana, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Wanna Ahmad dan Amirul Haswendy.
Filem yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom itu turut menampilkan lagu tema utama bertajuk ‘Pandu Lalu’, nyanyian oleh Wanna Ali, penulis lirik dan komposer oleh Shazee Ishak dan Audi Mok.
Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish.
Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.
Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024