Pelakon dan pengacara Mira Filzah akui rajin memasak selepas mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, baru-baru ini.

Menurut Mira, 27, dia tidak handal dalam memasak namun harus memikul tanggungjawab untuk menjaga makan dan minum suami.

"Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya-Allah jadi.

"Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas. Sukatan biasanya campak ikut sedap hati sebab garam atau gula boleh adjust kemudian," kongsinya di Instagram Stories ketika menjawab Ask me a question.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu turut mendedahkan ketika bujang dia sangat jarang memasak kerana hidup bersendirian.

Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengubah dan meningkatkan kemahirannya untuk beraksi di dapur.

"Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala.

"Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya," kongsinya lagi.



Mira selamat bergelar isteri kepada Emir dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 September lalu.

BACA: Mira Filzah Sah Isteri Kepada Wan Emir

Sebelum ini, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.