,
Hiburan

Demi Erra Fazira, Salina Saibi Sanggup Pakai Kostum Beruang

Fiza Kamarudin
12/02/2020
07:33 MYT
Pelakon yang sangat sinonim dengan drama bersiri Gerak Khas, Salina Saibi sanggup mengenakan kostum beruang demi Erra Fazira.
Salina menerusi laman sosial Instagram (IG) memuat naik videonya bersama pelakon Sheera Iskandar membuat kejutan sempena ulangtahun kelahiran Erra.
Perancangan tersebut tidak diketahui Erra sehinggalah mereka sendiri yang mendedahkan siapa individu di sebalik kostum beruang berwarna coklat itu.
Erra turut memuat naik video tersebut di IGnya dan mengucapkan terima kasih kepada Salina kerana sanggup bersusah payah deminya.
“Yang ni paling tak jangka, paling terkejut, paling win! You are so sweet adikku. Sanggup datang malam-malam...
“Akak cuma nak cakap yang akak sangat menghargai persahabatan ini dan akak sayang kalian,” katanya terharu.

Alhamdulillah, Setiap tahun merai ulangtahun.. kejutan demi kejutan. Besar kecil, meriah, sederhana, alhamdulillah sudah lalui dan merasa.. TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA diatas perhatian dan kasih sayang yg cukup bermakna buat diri ini.. Maaf tak dpt saya compilekan memori indah.. tahun ni agak sibuk sikit. maklum laaa.. dah mula ?"GROBOK"? nak start konsert lagi bbrp hari lagi.. ??? Doakan saya dan team konsert romantika Awie yaa semuaa.. Moga baik dan lancar hendaknya.. Aminn?? . Cuma nak share sikit.. Yang ni paling tak jangka.. paling terkejut.. paling win!! You are sooo sweet adikku!!! gigih menyarung baju mascot.. sanggup dtg malam2.. akak pun dah ready nak tido.. mmg tak jangka ada tetamu nak dtg.. pas tu tak kenal pulak tu.. Hwaaaarrrr awak buat akak nangissss!! nangis terharu!!! ?? Ya Allah.. Kau berilah kebahagiaan dan kejayaan buat adik2 ku yg begitu baik dan ikhlas menerima dan menyayangi diri ini.. ?? Thank you my dearest sweetheart.. @_salinasaibi_ and @sheeraiskandar (faham awak sibuk shooting adikku...) .. Hanya Allah yg dpt membalas kebaikkan kalian.. ? . . Akak cuma nak cakap yg akak sgt2 menghargai persahabatan ini dan akak sayang kalian, LILLAHITAALA.. ? Ya Allah terima kasih krn mengelilingi diri ini dgn insan yg baik dan prihatin. Ku bersyukur Ya Allahhhhh.. ?????? . Love you adik2 ku.. dan seluruh team #gerakkhas

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Erra turut mengucapkan rasa syukur kerana dianugerahkan sahabat yang baik seperti Salina dan Sheera.
Dalam perkembangan lain, Erra kini sibuk dengan persiapan Konsert Awie Romantika yang bakal berlangsung pada 15 Februari ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

gempak
16/10/2024
06:55 MYT
Dipuji kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Laman Utama

Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?

gempak
20/10/2023
00:55 MYT
Mana tahu ada jodoh kan.
Unitar