Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Demi Janji, Raffi Ahmad Naik Helikopter Ke Sekolah Anak

Maliah Surip
19/10/2024 01:59 MYT
Raffi Ahmad dikenali sebagai hos yang cukup sibuk dengan pelbagai acara yang menggunakan khidmatnya dalam sehari.

BERITA TRENDING: Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci

Oleh kerana kesibukan dan jarak lokasi pekerjaan yang agak jauh, Raffi diketahui memilih naik kenderaan yang tidak memerlukannya tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas seperti helikopter.

Dan itu yang dilakukan suami Nagita Slavina itu baru-baru ini apabila menyewa sebuah helikopter dengan tujuan boleh sampai ke destinasi yang dituju tepat waktu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Raffi telah menggunakan helikopter untuk menghadiri majlis di sekolah anak sulungnya, Rafathar Malik Ahmad.

Menurut Raffi tindakan itu dilakukan kerana sudah berjanji dengan Rafathar untuk berada di sisinya saat majlis namun pada masa yang sama dia mempunyai pekerjaan beberapa jam sebelum itu.

“Sebenarnya pakai helikopter bukan untuk apa, biar tidak terburu-buru,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Raffi menjelaskan dia mempunyai pekerjaan di Banten sekitar pukul 7.30 pagi waktu tempatan dan perlu menjadi hos untuk tempoh 45 minit.

Namun jika menggunakan jalan darat, dia perlu menempuh sekurang-kurangnya dua jam perjalanan dari Banten ke Jakarta.

BERITA TRENDING: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

“Saya naik helikopter ke Banten setelah habis kerja, naik helikopter lagi ke Jakarta, turun di kawasan sekolah Rafathar.

“Jadi saya boleh datang tepat masa. Saya sudah janji untuk datang dan teman dia di majlis itu,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”

BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya

#Anak #Indonesia #sekolah #Raffi Ahmad #Helikopter
;