,
Hiburan

Demi Kebaikan Semua Pihak, AJL35 Ditunda Ke Tarikh Baru - "Tempoh 14 Hari PKP Akan Mengekang Tugas-Tugas Persediaan ..."

Zulaikha Yusof
12/01/2021
00:50 MYT
Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan telah ditunda ke tarikh yang masih belum ditetapkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, keputusan itu terpaksa dibuat disebabkan tempoh 14 hari PKP akan menganggu tugas-tugas persediaan AJL35.
"Ketika dalam sidang media AJL35 pada Ahad, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.
"Namun, YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.
"Kerja-kerja pembinaan itu memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi," ujarnya.
Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar semua orang mematuhi PKP demi kebaikan dan keselamatan diri.
"Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini. Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua.” ujarnya lagi.
AJL35 yang menyaksikan 12 finalis dijadualkan berlangsung pada 7 Februari depan di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Foto: Instagram @haelhusaini & @ainaabdul
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Hiburan

Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

gempak
12/07/2024
07:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, perbicaraan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini akan ditunda ke satu tarikh lain.
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

Hormati Sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November

gempak
25/09/2023
05:51 MYT
Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Unitar