Berita

Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti

gempak
Gempak
09/11/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti
Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.

BERITA BERKAITAN:7 Tahun Berehat, G-Dragon Pilih Rakam Lagu Dengan Syarikat Milik Produser Muzik Palestin! - "Comeback Paling Dinanti-Nantikan"

BERITA BERKAITAN:Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

BERITA BERKAITAN:Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT Milik Bruno Mars - Rose BLACKPINK

BERITA BERKAITAN:The Fiery Priest 2 Bakal Tayang Tak Lama Lagi, Ramai Dah Amik Mula Mood - “Confirm Rating Tinggi Nanti”

Kejadian berlaku di sebuah bank di wilayah Shandong, yang mana sebuah klip menunjukkan seorang wanita bergelut untuk menolak katil hospital lelaki itu ke bank berkenaan, selepas dimaklumkan bahawa satu-satunya cara untuk mengakses akaunnya adalah dengan mengesahkan identiti secara peribadi.
Walaupun keluarga itu menerangkan kepada pihak bank bahawa pemegang akaun sedang dirawat kerana masalah kesihatan yang serius, mereka tetap dengan keputusan bahawa lelaki itu perlu hadir secara langsung ke bank tersebut.
Bank di Shandong memberitahu keluarga itu bahawa mereka boleh membawa pemegang akaun menggunakan ambulans, tetapi hospital dengan jelas memberitahu mereka bahawa ambulans mereka hanya untuk tujuan kecemasan kesihatan, dan mereka pasti tidak mampu untuk menyewa secara persendirian.
Jadi, satu-satunya penyelesaian yang ada adalah dengan menolak katil hospital tempat lelaki itu berbaring ke bank.
Keluarga lelaki yang sakit itu dilaporkan memerlukan wang untuk membayar rawatannya, tetapi secara ironinya, satu-satunya cara untuk mengakses wang itu adalah dengan membahayakan nyawanya dengan membawa dia keluar dari hospital.
Klip yang tular itu juga menjadi perdebatan warga maya China, mereka mendakwa bahawa bank berkenaan boleh membuat pengecualian berdasarkan bukti kemasukannya ke hospital, malah sebilangan yang lain menyifatkan bahawa kejadian itu sesuatu yang memalukan yang telah terjadi di negara mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024