Hiburan

Demi Kerjaya, Ila Damiaa Sanggup Ulang Alik Dari Sarawak Ke Kuala Lumpur

gempak
Mya Amri
03/04/2017
09:11 MYT
Sponsor Banner
Demi Kerjaya, Ila Damiaa Sanggup Ulang Alik Dari Sarawak Ke Kuala Lumpur
Penyanyi, Ila Damiaa tidak kisah berulang alik dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur semata-mata untuk kerjayanya.
Ila atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 28, berkata suaminya, Abg Mohd Sahril Abg Spian, 28, tidak menghalang sebaliknya memberikan sokongan terhadap kerjayanya dalam bidang seni.
"Suami saya menetap dan bekerja di Sarawak, jadi saya ambil keputusan untuk berulang-alik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dia memberikan kepercayaan kepada saya untuk bekerja.
"Diia juga tidak meletakkan apa-apa syarat asalkan saya tahu menjaga batas dan akhlak sebagai seorang isteri.
“Setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk berulang-alik, mungkin kerana kami berdua sahaja. Nanti kalau ada anak tak tahulah bagaimana,” katanya kepada Astro Gempak.
Ila Damiaa ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Cuma Kamu pada Khamis lepas.
Mengulas mengenai kerjayanya, Ila memberitahu dia berasa gembira kerana dapat berkongsi rasa hatinya melalui single terbaru berjudul Cuma Kamu.
“Saya bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan seorang komposer terkenal Indonesia, Sindhu Bharata yang juga pernah menulis lirik lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Afgan.
“Lirik lagu ini begitu bermakna kerana mempunyai kaitan dengan diri saya yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.
“Bila saya menyanyikan lagu itu, saya rasa bahagia dan gembira kerana dapat meluahkan perasaan saya menerusi lirik lagu tersebut,” ujarnya
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live