Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Demi Konten, Wanita Sanggup Bahayakan Nyawa Kanak-Kanak

Gempak
23/09/2024 23:55 MYT
Video aksi berbahaya seorang wanita yang duduk di tepi perigi dengan seorang kanak-kanak berpaut pada kakinya yang tergantung di dalam perigi mengundang kemarahan warganet.

Bahayakan Nyawa Kanak-Kanak

Sumber melaporkan video itu yang dimuatnaik di X (dahulunya Twitter) mengundang kritikan meluas daripada warganet yang menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Video itu menunjukkan seorang wanita duduk di tepi perigi terbuka sambil menyanyi dengan seorang kanak-kanak berpaut pada kakinya.

Dengan pergerakan badan dan tangan seolah-olah sedang menari, wanita terbabit kelihatan tidak menghiraukan seorang kanak-kanak kecil yang berpaut pada sebelah kaki wanita berkenaan manakala tubuh budak itu tergantung di perigi terbuka itu.

Lokasi dan identiti wanita itu serta individu lain yang terbabit dalam aksi itu tidak diketahui.

Malah, hubungan antara wanita dan budak lelaki itu juga tidak diketahui.

Di media sosial, video itu mencetuskan pelbagai komen, dengan pengguna menyifatkannya sebagai tindakan sia-sia mempertaruhkan nyawa mereka demi mencipta kandungan.

Beberapa pengguna media sosial turut mendesak supaya wanita itu ditahan kerana membahayakan nyawa kanak-kanak berkenaan.

"Sepatutnya ibu boleh lebih menyayangi anak...

"Mahkamah keluarga perlu lihat. Sepatutnya ibu boleh lebih menyayangi anak malah lebih daripada bapa," sindir pengguna X @RawAndRealMan sambil berkongsi klip itu.

BERITA TRENDING: Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

​BERITA TRENDING: Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

​BERITA TRENDING: Bius Sampai Pengsan, Lelaki Rekrut 50 Lelaki Untuk R*gol Isteri

​BERITA TRENDING: Guru Wanita Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja Di Dalam Kenderaan

"Hanya untuk menarik perhatian dan pandangan ramai, boleh pula melakukan segala-galanya malah mempertaruhkan nyawa anak sendiri dengan sangat tidak masuk akal," tulis seorang pengguna sambil menasihatkan supaya rawatan mental oleh hospital diperlukan untuk seumpamanya.

Sumber: Harian Metro

#wanita #Berita #Kanak-Kanak #Dunia #Bahaya #Konten