Pelakon Anzalna mendedahkan bahawa dia memang gemar menyarungkan anak sulungnya, Mohamad Eidrees, dengan rekaan pakaian sama pernah digayakan Putera George yang merupakan cahaya mata kepada pasangan DiRaja Britain, Putera William dan Kate Middleton.

Menurut Anzalna, sememangnya hasrat itu sudah lama diinginkan sehinggakan dia sanggup mencari sendiri baju daripada koleksi jenama yang dipakai anak sulung Putera William itu.

"Dulu berangan kalau dapat anak lelaki nak gayakan dia macam Putera George sebab saya sukakan gayanya. Alhamdulillah dapat juga!

"Belikan @mohamadeidrees jenama yang sama seperti Putera George. Saya google cari baju ni sampai dapat ok! Gigih! Hahaha," kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Anzalna turut berkongsi gambar anaknya menyarungkan set pakaian yang sedondon dengan Putera George.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Biarpun tidak menyebut jenama pakaian berkenaan, difahamkan jenama kedua-dua tersebut merupakan daripada koleksi jenama mewah klasik kanak-kanak, Rachel Riley.

Ia merupakan antara jenama pakaian yang sering digayakan dalam kalangan keluarga DiRaja Britain.

Sebelum ini, pada tahun lalu, Anzalna pernah berkongsi set pakaian berwarnah merah dipercayai dibeli daripada jenama sama.

BACA: Pakai Baju Sama Macam Putera William & Putera George, Anak Anzalna Nasir Curi Hati Netizen

Menerusi tinjauan Gempak pada laman web Rachel Riley, harga baju set merah yang digayakan Eidrees berharga $139 (RM560.52), manakala set biru lengan Panjang terkini yang dipakaikan kepada anaknya itu pula berharga $109 (439.54).

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 sebelum dikurniakan anak sulung pada 31 Mei 2019.