Laman Utama

Dendam Seorang Isteri Nampak Serius Tapi Wan Raja, Aidit Noh Terpaksa Tahan Gelak, Roy Azman Lawak Sangat

gempak
Mya Amri
12/04/2022
11:39 MYT
Sponsor Banner
Dendam Seorang Isteri Nampak Serius Tapi Wan Raja, Aidit Noh Terpaksa Tahan Gelak, Roy Azman Lawak Sangat
Bagi pengikut setia drama Dendam Seorang Isteri pasti tahu betapa tegangnya setiap karakter yang dimainkan oleh para pelakon.
Apatah lagi pada tiga watak lelaki utama iaitu Haris (Wan Raja), Naufal (Aidit Noh) dan Tuan Mus (Roy Azman) yang mana kisah mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Namun mungkin ada yang tidak tahu di sebalik tabir pembikinan Dendam Seorang Isteri ini sebenarnya Wan Raja dan Aidit berdepan dengan satu ‘krisis’ lakonan.
Roy Azman! Ya benar, sikap lucu dan spontan yang ada pada Roy Azman sedikit sebanyak memberikan cabaran buat Wan Raja dan Aidit untuk menahan ketawa.
“Paling mencabar bila berlakon dengan Roy Azman ni sebab dia kelakar,” kata Wan Raja kepada Gempak.
Malah Aidit menerusi satu video pendek juga berkongsi perkara yang sama seperti Wan Raja.
“Bila shooting dengan abang Roy Azman, susah nak serius,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Haris dan Naufal dimarahi Tuan Mus, pada mulanya kedua-duanya kelihatan serius dan fokus dengan karakter masing-masing.
Namun selepas Roy mengeluarkan ayat “kalau aku tahu lagi korang gaduh aku lesing” sambil membuat gaya lucu menyebabkan kedua-dua menundukkan wajah dan ketawa.
Apa-apa pun kredibiliti dan kehebatan lakonan tiga tunjang utama Dendam Seorang Isteri ini memang tidak dapat disangkal lagi.
Saksikan Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Pada yang terlepas boleh juga ditonton di Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024