Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Dengan Sekali Lafaz, Baim Wong Sah Bergelar Suami Paula Verhoeven

Rozaimi Zubaidi 22/11/2018 | 06:20 MYT
Pelakon popular Indonesia, Baim Wong selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven sebentar tadi.
Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia.
Paula dan Baim sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.
Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk ke peringkat lebih serius.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Baim dan Paula. Disini kami kongsikan gambar perkahwinan mereka:
#pelakon #Baim Wong #Berkahwin #Pelakon #Paula Verhoeven