Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri

Mya Amri
23/06/2023 13:15 MYT
Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Shuib dan Watie dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Turut menjadi saksi adalah Al-Mas'ud Kamat (bapa saudara Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib).

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan Shuib dan Watie juga dihadiri oleh ahli keluarga antaranya bapa pengantin lelaki iaitu Muhamad Arshad, rakan selebriti, sahabat handai serta pengamal media.

Majlis pernikahan ini juga dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.

Turut mengindahkan lagi majlis adalah persembahan daripada dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Untuk info, perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu Astro iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie pada 3 Julai 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari ‘Siasatan’ Netizen, Ibu Bagi Green Light & Rezeki Tajaan Lebih RM1 Juta, Ini Kronologi Kisah Cinta Shuib & Watie

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syukur Shuib Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi, Dedah Watie Ada Persamaan Dengan Arwah Siti Sarah

#Kahwin #Nikah #Shuib #Suami Isteri #Shuib Watie #Watie Hanifiah
;