Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Dengan Sekali Lafaz, Sweet Qismina Kini Milik Adam Lee! Mas Kahwin RM2,410.97 Simbolik Kepada ...

Syafiqah Jalal 24/10/2022 | 03:08 MYT

Dengan sekali lafaz pelakon Sweet Qismina selamat bergelar isteri kepada aktor Adam Lee di The Boathouse Tasik Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh abang kepada Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi serta disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap imam Masjid Darul Ehsan Tmn Tun Abdul Razak Gombak Selangor, Hj Mohamaf Khairi Hussein.
Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 iaitu simbolik sempena tarikh lahirnya.
Pelakon filem Pusaka itu turut menerima lima dulang hantaran serta membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak Adam, 28, yang turut sedondon berbusana putih bersih pada hari bahagia mereka.
Majlis akad nikah yang manis dipenuhi bunga bungaan itu hanya dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, Sweet dan Adam bertunang pada 24 Oktober, tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya ke sebuah anugerah berprestij.

#pelakon #Kahwin #Nikah #Sweet Qismina #Adam Lee
;