,
Hiburan

"Dengar Sampai Habis & Jelas Apa Maklumat Yang Disampaikan" - Nourul Depp Tempelak Netizen Yang Dakwa Dia Tak Ikut Perintah Kerajaan Masa PKPB

Zulaikha Yusof
02/06/2020
06:58 MYT
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat perkongsiannya beriadah bersama keluarga di Taman KLCC sehinggakan meninggalkan mesej di Instagram (IG).
Tegas Nourul, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerajaan telah membenarkan untuk melakukan aktiviti riadah asalkan menjaga penjarakan sosial.
"Pergi taman tak apa, kerana ia dibenarkan kerajaan selepas pengumuman terbaharu pelaksanaan PKPB ini.
"Ada orang yang jenis mencari salah orang ni komen di Instagram (IG) saya selepas saya berkongsi riadah bersama keluarga dan berkata yang sebelum ini saya sendiri menasihati orang ramai supaya tak keluar ke mana-mana.
"Saya berkata begitu pada sebulan yang lalu. Situasi yang sebulan lalu tak sama dengan sekarang.
"Kerajaan baru mengumumkan pada minggu lepas aktiviti riadah di taman rekreasi dibenarkan. Jadi, ia tak menjadi masalah kerana ia merupakan aktiviti luar asalkan jaga jarak sosial," katanya menerusi sebuah rakaman video.
Dalam pada itu, pelantun lagu Dan Kini berpesan kepada semua orang supaya mendengar dan memberi tumpuan terhadap maklumat yang disampaikan kerajaan setiap hari.
"Saya tak faham, masih ada yang tak dapat pesanan ringkas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Informasi diberi setiap hari.
"Saya sampaikan apa yang patut disampaikan atas dasar kasih sayang. Siapa yang nak dengar, dengar la. Saya sayang pengikut saya yang menyayangi saya.
"Lain kali kalau ada apa-apa berita, dengar sampai habis dan dengar dengan jelas apa maklumat yang disampaikan. Jangan dengar separuh jalan sehingga timbul salah faham," katanya lagi.
Dalam tempoh PKPB ini, semua aktiviti sukan dan riadah serta rekreasi adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh MKN.
Meskipun pihak kerajaan membenarkan orang ramai untuk beriadah seperti berjoging di taman rekreasi, tidak kesemua jenis aktiviti dibenarkan di waktu ini.
Aktiviti yang tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penonton yang ramai, acara berkumpulan di luar (outdoor), kolam renang, sukan bersentuhan dan segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Hiburan

Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

gempak
26/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa geram dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi mengenai perkahwinannya tanpa mengetahui kepastian tentang sesuatu cerita.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

gempak
09/08/2024
02:55 MYT
Menyedari namanya dipetik selepas Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu lalu, penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berharap peminat tidak membandingkan cara penyampaian lagu duetnya bersama bekas suami.