"Dera Cara Halus, Berjemur Tengah Panas Seminggu" - Sharnaaz Saran Tubuh Pasukan Anti Keganasan Kanak-Kanak

Amri Hassan
Ogos 16, 2018 04:38 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan saranan agar menubuhkan satu pasukan atau organisasi anti keganasan kanak-kanak.
Selain berganding bahu dengan badan berkaitan, pasukan itu kata Sharnaaz akan menetapkan hukuman cara halus.
"Aku rasa aku nak tubuhkan pasukan atau organisasi anti keganasan terhadap budak budak.
"Sesiapa boleh sertakan bukti, geng-geng aku ni akan join venture dengan polis, tangkap dan kita akan dera depa balik dengan cara lebih bijak dan halus.
"Contoh berjemur tengah panas jeee dalam 1 minggu," tulis Sharnaaz di akaun Twitternya pagi tadi.

Aku rasa aku nak tubuhkan pasukan atau organisasi Anti keganasan terhadap budak budak, sesiapa boleh sertakan bukti, geng geng aku ni akan jv dgn polis, tangkap, dan kita akan dera depa balik dgn cara lebih bijak dan halus.. contoh berjemur tgh panas jeee dalam 1 minggu..

— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) August 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sharnaaz menunjukkan solidariti terhadap isu penderaan terhadap kanak-kanak yang semakin membimbangkan saban hari.
Baru-baru ini juga tular kes seorang guru tadika memukul dan mendera kanak-kanak hingga mencetuskan rasa amarah dalam kalangan orang awam.
#pelakon #Viral #Sharnaaz Ahmad #Pelakon #Viral #Dera