Usahawan, Dewi mengumumkan telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai pembantu peribadi Jofliam di syarikat Pizza Wagyu Jofliam.
Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, keputusan itu diambil kerana dia mahu menumpukan fokusnya terhadap perniagaan miliknya.
“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan daripada kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan saya,” katanya.
Pada masa sama, Dewi juga mengucapkan terima kasih kepada Jofliam dan pasukan pizzanya kerana memberi peluang untuknya bekerjasama dengan pasukan Top 100 Best Pizza Chef in The World.
“Terima kasih atas peluang dan pengalaman yang diberikan untuk bekerja dengan Top 100 Best Pizza Chef in The World.
“Saya doakan kejayaan kepada team Pizza Wagyu Jofliam berjaya dalam industri, Terima kasih Jofliam,” ujar Dewi.
Dewi mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.
Namun menerusi tinjauan Gempak, Dewi tidak membuka ruangan komen untuk hantaran tersebut.
Sebelum ini, Dewi dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Jofliam sehingga menyebabkannya berpisah dengan Cik Epal.
Tidak mahu berdiam diri, Dewi telah tampil memberi penjelasan selepas lama mendiamkan diri.