"Di Zaman Ini, Susah Nak Jumpa Keluarga 'Humble' Sebaik Seluruh Keluarga Hanania" - Fasha Sandha Kagum Dengan Johan Sekeluarga

Rozaimi Zubaidi
November 30, 2018 05:03 MYT
Pelakon Fasha Sandha mengakui kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh keluarga pelawak dan penyampai radio Johan.
Menerusi entri di Instagram (IG), isteri kepada Johan, Ozlynn berkongsi kisah persahabatan yang dijalinkan dengan Fasha sejak dulu lagi.
"Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur ibu text mama sama jugak dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan.
"Cuma ibu lahirkan Jemyma dulu dan yang paling tak disangka anak ibu dan mama pun rapat.
"Terima kasih ibu @fashasandha, Jemyma kembar Chantiq yang sudi sambut hari lahir Chantiq bersama-sama keluarga ibu.
"Seronok bila tengok Chantiq bukak hadiah tadi. Tak habis-habis cerita pasal birthday dia tadi. Mekasih ibu untuk kasih sayang ini. bBar la gambar dan video disimpanan mama ini yang berbicara," tulisnya.
Menerusi ruangan komen entri tersebut, Fasha juga meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh seluruh keluarga Ozlynn.
"Awww, I love you Mama Hanania and your beautiful family, tak tau macam mana nak cakap.
"Di zaman ni, susah nak jumpa keluarga humble sebaik seluruh keluarga Hanania, semoga kita semua terus bahagia, I love you," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Fasha dan Ozlynn serta mereka mendoakan hubungan persahabatan mereka akan berkekalan selama-lamanya.
#pelakon #Johan #Fasha Sandha #Pelakon #Ozlynn