Berita

"Dia Abang Yang Baik, Tiada Isu Iri Hati" - Tya Arifin

gempak
Rozaimi Zubaidi
05/07/2019
00:15 MYT
Sponsor Banner
"Dia Abang Yang Baik, Tiada Isu Iri Hati" - Tya Arifin
Menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin mengakui bersyukur apabila anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf banyak membantu dalam menjaga anak keduanya, Azzahra Jiwa Asyraf.
Menurut Tya, Arif tidak menunjukkan sikap cemburu apabila mendapat adik, sebaliknya dia sangat memahami dan menunjukkan sikap ambil berat.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kehadiran anak kedua. Arif sangat memahami dan dia juga tidak cemburu dengan adiknya.
"Sebenarnya, sejak Zahra dalam kandungan lagi saya telah ajar Arif untuk menyayangi dan sikap ambil berat dalam dirinya," katanya.
Tambah Tya, Arif sentiasa membantu sekiranya Zahra menangis serta menolong perkara-perkara lain.
"Jadi, bila Zahra menangis, dia akan segera beritahu adik nak susu. Bila mandi pula, dia akan tolong ambilkan baju. Jadi dia sedikit sebanyak membantu saya dalam menguruskan keluarga.
"Saya juga akan libatkan dia dalam menjaga adiknya. Dia abang yang baik, tiada isu iri hati bila dia sudah ada adik," katanya kepada Gempak.
Tya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, pada Rabu.
Tya telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live