Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai mendedahkan yang pemilihan MK K-Clique sebagai tonggak utama filem baharu terbitan rumah produksi berkenaan, Bunga Dan Kayu berlaku tanpa sebarang sesi uji bakat.
Katanya, selepas berbincang dengan kakitangan lain, mereka bersetuju dan sebulat suara memilih MK kerana wajahnya yang disifatkan sebagai ‘melekat dengan filem’.
“Pemilihan MK sebagai watak utama Bunga Dan Kayu berlaku selepas kami sama-sama berbincang untuk memilih barisan pelakon. Kami tertarik dengan MK kerana kemunculannya dalam klip video Nabila Razali, Peluang Kedua.
“Dari situ, kami lihat dia ada wajah filem. Kemudian Michael Ang pula sunting dia untuk membintangi drama The Hotel. Selepas selesai The Hotel barulah giliran MK menjalani penggambaran untuk Bunga Dan Kayu,” katanya kepada Gempak.
Filem Bunga Dan Kayu menampilkan MK K-Clique dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama.
Bunga Dan Kayu mengisahkan tentang Noah (lakonan MK) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Thu Apr 28 2022


“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
.jpg?ext=.jpg)
Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney