Hiburan
“Dia Baik Tak Bekeng...” - Baik Macam Abang, Asif Dan Yoe Dedah Perangai Sebenar Syahmi
Keakraban hubungan persahabatan bintang YouTube terkenal Asif Suhaimi, Syahmi Sazli dan Yoe Parey sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah kisah tiga sahabat ini yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu juga membuatkan netizen terharu dengan nilai keikhlasan persahabatan mereka.
Lebih-lebih lagi Syahmi yang dianggap sebagai seorang abang menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya dengan begitu baik.
Ditanya mengenai perasaan Asif dan Yoe sepanjang bersama Syahmi, ini jawapan mereka.
“Syahmi baik, seronok, dia tak bekeng (garang)” jawab Asif
“Beres, baik, selesa dengan dia,” tutur Yoe.
Asif dan Yoe menjawab sambil menguntumkan senyuman ketika ditemubual Gempak menerusi segmen live #ArtisDudukDiam.
Melihat sahaja reaksi mereka berdua, sudah cukup untuk mengetahui peribadi sebenar Syahmi.
Jika anda ingin melihat gelagat dan lakonan pertama tiga sekawan ini jangan lupa langgan Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).
Selain Syahmi, Asif dan Yoe, SMR turut menampilkan juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.
Di samping SMR, filem Manap Karaoke masih ligat ditayangan di platform yang sama. Turut menanti tayangan dua buah filem Ada Apa Dengan Dosa dan Town Mall.
Jadi kepada yang belum menonton, jangan lupa untuk sewa filem SMR yang buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sinopsis:
Kisah SMR bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Must-Watch Video