“Dia Bersalin, Saya Pregnant” - Badan Naik Sebab Isteri Mengandung? Datuk Fazley Nekad Kurus, Berat Turun Mencecah…
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob berkongsi kegembiraan selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram.
Menurut Fazley, berat badannya mula naik selepas dia asyik menghabiskan makanan yang dipesan isterinya ketika mengandung.
“Semua orang nak kurus, tapi tak semua orang berjaya kurus dengan jayanya. Apatah lagi nak kekal kurus atau nak ada badan yang nampak kemas bila dah kurus.
“Saya sendiri dah lalui, naik badan mendadak sebab teman isteri mengandung.
“Dia makan, saya teman makan. Dia tak habis makan, saya habiskan, dia order makan tapi tukar fikiran, tetap saya tukang habiskan.
“Masalahnya bila dia bersalin, saya masih pregnant,” katanya berseloroh.
Jelas Fazley, susulan itu juga dia terus nekad untuk kembali kurus dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Saya usaha kuruskan badan, tanpa exercise. Jaga makan je, memang turun 30kg tapi cuba tengok gambar yang tengah tu. Badan slim, tapi lembik dan gemuk air.
“Tak lama lepas tu saya tekad untuk teruskan jaga makan sambil incorporate cardio dan weight lifting. Walaupun tak selaju orang lain, saya tetap berusaha untuk kekal berdisplin,” katanya.
Menurutnya, terdapat dua gangguan sepanjang proses menurunkan berat badan.
“Faktor usia sebab saya nak masuk 44 tahun dan faktor sebagai cef.
“Hari-hari tetap kena rasa makanan yang saya masak dan bake. So progress tak selaju yang saya harapkan.
“Namun progress tetap progress. Caranya? Jangan aim sangat untuk lose weight semata-mata.
“Badan kena sihat, otot kena ada, jangan jadi lembik macam agar-agar sirap.
“Ini bukan post untuk jual produk, tapi untuk beri keyakinan. Saya pun macam korang semua, manusia biasa, bukan abang sado, bukan juga seorang manusia yang boleh makan sihat 24 jam.
“Ada masa cheat day berhari-hari, ada masa malas nak workout atau jogging. Namun, saya tetap set target untuk kekal sihat demi anak-anak, isteri dan keluarga.
“Kalau saya boleh, korang pun mesti boleh kan,” katanya.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.