Laman Utama

“Dia Buat Hal! Ketaq Lah Pulak…” – Erma Fatima Kongsi Momen Majlis Merisik Anak Kedua

gempak
Fiza Kamarudin
26/12/2021
02:38 MYT
Sponsor Banner
“Dia Buat Hal! Ketaq Lah Pulak…” – Erma Fatima Kongsi Momen Majlis Merisik Anak Kedua
Penerbit, pengarah dan pelakon, Erma Fatima memanjatkan rasa syukur selepas majlis merisik dan bertunang anak keduanya, Ahmad Arir, 25, berjalan lancar.
Erma turut berkongsi momen istimewa tersebut di Instagram (IG), termasuk perjalanan mereka sekeluarga ke rumah bakal menantunya di Meru, Klang.
“Saya dah pesan pada Arir yang dia bukan menikah dengan Shira tetapi dia juga harus menikahi seluruh keluarganya.
“Saya pernah beritahu anak-anak saya semua yang saya tidak akan buat majlis di hotel kerana saya lebih suka buat di rumah.
“Walaupun dalam keadaan kecil, tapi kita akan rasa the sentimental value itu,” katanya.
Pada majlis tersebut Erma turut menyarungkan dua bentuk cincin ke jari bakal menantunya, iaitu cincin tanda (merisik) dan cincin pertunangan.
Lebih mencuit hati, apabila Erma turut mengusik Arir yang nampak malu-malu dan menggeletar ketika bakal bapa mentuanya menyarungkan cincin.
“Dia buat hal…Ketaq pulak….Ni acah-acah ketaq ke depan kami? Esok nikah jangan buat hal!,” usik Erma.
Majlis serba ringkas tetapi meriah itu diadakan di kediaman bakal isteri Arir dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada Jun lalu, majlis merisik anak sulungnya Syamil Ikhwan, 27, diadakan secara maya kerana pandemik Covid-19.
Majlis tersebut walaupun diadakan secara maya, namun masih penuh dengan adab dan adat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live