Hiburan

"Dia Buat Lagi" - Reaksi Tomok Bila Arrian Conteng Badan

gempak
Ahmad Shah
21/10/2016
05:40 MYT
Sponsor Banner
"Dia Buat Lagi" - Reaksi Tomok Bila Arrian Conteng Badan
Penyanyi dan pelakon Tomok pening apabila anak sulungnya, Arrian gemar menconteng badan sendiri.
Perkara itu didedahkan oleh Tomok menerusi satu foto yang dimuatnaik melalui akaun Instagram (IG)nya pada Selasa.
Foto tersebut menunjukkan Arrian yang tidak berbaju sedang berdiri sambil memuncungkan mulutnya manakala badan dan wajahnya dipenuhi dengan contengan dakwat berwarna biru.
Menerusi kapsyen ringkas “dia buat lagi” yang ditulis oleh Tomok jelas memberitahu keadaan itu bukanlah kali pertama terjadi kepada anaknya.
Disebabkan gelagat Arrian itu, ruangan komen IG Tomok dihujani dengan komen-komen lucu yang diberikan oleh peminatnya.
Rata-ratanya memberitahu suka melihat ragam dan gelagat Arrian yang sering kali membuatkan bapanya pening melayan karenahnya.
Dalam pada itu, foto tersebut telah mendapat lebih 49,000 likes dan hampir 1000 komen daripada peminatnya.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live