Hiburan
“Dia Cuba Muay Thaikan Saya” - Plot Twist? Suami Zahnita Wilson Dedah Jadi Mangsa Ganas Isteri Selama 20 Tahun
Lama mengambil bersikap berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya muncul membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon dan model berkenaan.
Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.
Tidak hanya itu, Abdul Zackery mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun minta diceraikan.
"Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).
"Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk 'Muay Thaikan' saya.
"Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?," katanya kepada mStar.
Abdul Zackery mendedahkan perkara itu ketika mengadakan sidang media tergempar di kediamannya di Kuantan, Pahang pada petang Selasa.
Abdul Zackery mendedahkan pergaduhan mereka pada November lalu tercetus apabila Zahnita bertindak menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.
Dia mahu isterinya itu memberi sepenuh perhatian kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.
Abdul Zackery memberitahu dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya kerana mahu mempertahankan hak anak-anak mereka yang diabaikan Zahnita.
Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.
Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.
BERITA TRENDING: "Ibu Gembira Sangat, Ada Yang Ingat Pada Ibu" - Zaiton Sameon
BERITA TRENDING: Pulau Pinang Tersenarai 7 Lokasi Terbaik Dilawati Di Asia Tenggara
BERITA TRENDING: Pudding Hadiri Upacara Terakhir Nahas Jeju Air, Wajah Suram & Sedih Runtun Hati Ramai - "Ucapkan Selamat Tinggal Kepada ..."
BERITA TRENDING: Angkat Nilai Perpaduan Malaysia & Semangat Muhibah, Astro Shaw & Etika Raikan Kepelbagaian Budaya Menerusi Kisah Benar ‘Abang Saya, Uncle Mike’
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.
Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.
Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.
Selain Abd Zayden, pasangan itu turut dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, dan Zahlia Syawwal, 8 tahun.
Sumber: mstar
Must-Watch Video