Laman Utama
“Dia Dah Biasa Putar Belit” - Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Tipu, Tunggu Aliff Aziz Perform Baru Gerak!
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu aktres Bella Astillah mendakwa aktres Sophia Albarakbar memberi kenyataan palsu mengenai kehadirannya di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Bella menerusi hantaran di Instastory turut mendedahkan Sophia hanya beredar dari dewan MBSA sebaik sahaja persembahan Alif selesai.
Bukan itu sahaja, Bella turut mendakwa nama Sophia sebenarnya tidak ada dalam senarai tetamu yang sepatutnya hadir pada malam itu.
Advertisement
“Ya Allah masih nak menipu stay lepas liza hanim? Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam guest list. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik.
“Dahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi,” dedah Bella.
Pada perkongsian yang sama, Bella turut mengatakan Sophia sudah biasa menipu dan memutar belit kenyataan.
“Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz.
Sebaliknya kata Sophia, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live+.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Must-Watch Video