Laman Utama

“Tiada Kaitan Dengan Aliff, Saya Ada Hak Pergi GV Untuk Sokong Sesiapa” - Sophia Albarakbah

gempak
Mya Amri
10/10/2023
11:25 MYT
Sponsor Banner
“Tiada Kaitan Dengan Aliff, Saya Ada Hak Pergi GV Untuk Sokong Sesiapa” - Sophia Albarakbah
Pelakon, Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz.
Sebaliknya kata Sofea, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retnio yang membuat persembahan untuk slot GV Live+.
“Saya pergi pun sebab saya nak sokong Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah.
“Lagipun saya dah minta izin daripada pengurus saya,” katanya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey yang diadakan di Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Sophia lagi, dia juga tidak melihat kehadirannya ke program itu sebagai satu kesalahan besar dan berhak untuk menyokong mana mana pihak.
“Program itu ada ramai artis jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa sahaja.
“Kalau saya bertembung (Aliff), tak ada masalah pun. Lagipun isu saya dan dia sudah lama berlalu,” ujarnya.
Terdahulu ketika mengulas kehadiran pelakon sensasi itu ke program berkenaan, Aliff dilaporkan berkata perkara itu di luar bidang kuasanya.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
BACA SINI: Sophia Albarakbah Muncul Di Konsert GV10, Aliff Aziz; "It's An Open Stage, So..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024