Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say akui tidak semua doktor pakar dan arif dalam setiap bidang perubatan.

Menurut Dr Say atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin berkata, dia mengambil contoh paling mudah iaitu dirinya sendiri.

“Ramai wartawan minta saya bercerita mengenai COVID-19 dan baru-baru ini minta saya cerita pasal vaksin COVID-19 tapi semua saya tolak sebab saya tahu itu bukan bidang kepakaran saya.

“Saya minta mereka pergi kepada pakar perubatan atau pakar perubatan awam.

“Ilmu perubatan ni luas, sebab itulah wujud pelbagai kepakaran. Saya tiada kepakaran maka saya tahap ayam.

“Kalau korang perasan apa yang saya kongsi dalam social media mahupun dalam show Tanya Doktor adalah ilmu perubatan yang general.

“Bila start masuk in detail, ahaa di situ lah saya jemput pakar sebab saya tahu limitation saya,” katanya.

Dr Say berkata demikian bagi mengulas isu seorang doktor yang viral selepas memberi maklumat tidak tepat mengenai vaksin COVID-19.

“Berbalik kepada isu doktor bagi misinformation tu. Dia hanyalah seorang doktor aesthetic (kecantikan).

“Tak tau pernah turun padang merasa keperitan merawat pesakit COVID atau tak.

“Tak tau pernah merasa kepanasan memakai PPE atau tak and yet sewenang-wenangnya dia cakap ‘I rasa i lebih suka dapat virus tu 2,3 hari i batuk selsema daripada i amik vaksin tu’.

“Lepas tu videonya fokus mostly on side effects of COVID vaccines. Semua benda ada side effects bro.

“Aku makan ubat kolestrol pun ade side effects tapi keberkesanannya jauh lagi baik daripada side effects nya. Lepas tu ramai sanjung dia saying ‘u are our hero, telling us the real thing’, golongan anti-vaxxers ape lagi melonjak gembira.

“Walhal dia dah mengelirukan rakyat dengan videonya, followers dia 30,000 lebih,” katanya menerusi satu posting di Facebooknya.

Topik : Tak Semua Doktor Arif Viral lagi kisah doktor baru2 ni. Kali ni doktor tu bukan maki hamun cuma doktor tu bagi...

Posted by Say Shazril Shaharuddin on Thursday, February 18, 2021

Untuk rekod, seorang doktor di klinik kecantikan baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila berkongsi video pandangannya mengenai vaksin Covid-19 yang akan diambil oleh rakyat Malaysia bermula bulan hadapan.

Doktor tersebut menyatakan kesan-kesan dan alahan apabila individu yang bakal menyuntik vaksin.

Walaubagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, doktor itu telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataannya mengenai vaksin Covid-19 setelah ada laporan yang dibuat terhadap dia.