Berita

“Dia Hilang 6kg Dah...”- Anak Fazley Yaakob Ikuti Cabaran 40 Hari Keto Diet

gempak
Syafiqah Jalal
29/06/2020
02:56 MYT
Sponsor Banner
“Dia Hilang 6kg Dah...”- Anak Fazley Yaakob Ikuti Cabaran 40 Hari Keto Diet
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan anak sulungnya, Fariedz turut mengikuti cabaran diet keto selama 40 hari bersamanya dan isteri Datin Azrene Ahmad.
Fazley bangga apabila Fariedz atau panggilan manjanya Payish berjaya menurunkan 6kilogram(kg) dari berat asalnya selepas 25 hari menjalani cabaran tersebut.
BACA: Dah Kurus Pun Nak Buat Diet Keto? Ini Jawapan Datuk Fazley Yang Turun 5kg Dalam Masa 2 Minggu
“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus? Ni anak sulung saya, Payish @fariedzfazley hilang 6kg dah alhamdulilah!
“Dia baru berusia 12 tahun. Kami ada 14 hari lagi untuk tamatkan cabaran ini. Well done baby Dida! Im so proud of you!! Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?“ katanya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik foto sebelum dan terkini perubahan badan anaknya Payish.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan pencapaian dan perubahan anaknya itu.
Selain diet keto, Fazley turut mengamalkan intermitten fasting sebagai rutin terbaru dalam menjaga kesihatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live